Thursday, December 22, 2011

54 years old without the self!!!

 22 Disember... satu tarikh yg aku sentiasa fikirkan... apa nak beli?? mcmana nak wish??? sms ke call??? ok ke tak adiah ni??? tapi sekarang, hanya satu hadiah yang pasti... aku akan hadiahkan yassin,doa dan al fatihah buat ABAH... arinie genap Abah berusia 54 tahun.... sepatutnya.. tapi Allah swt lagi sayangkan Abah... aku bangun pagi 'n' it hits me... today is the day!!! dulu aku slalu kompius between ari jadi abah dengan kakak coz akak 24 dis.. tapi sekarang dah tak dah..

Betapa rindunya aku pada Abah!!! aku rasa macam tak nak kerja je arinie.. aku nak duduk di kubur Abah je... tp tak boleh... aku kena kerja... Aku dah tempah kek utk akak dan sebagai memperingati Abah, aku letak logo batman as Abah minat giler kat Batman... Aku nak rasa macam celebrate Abah gak... Genap 187 hari tanpa seorang Abah, aku mula rasa sedar akan hakikat tu tapi tak bermaksud aku dah membiasakan diri... Aku masih tak mampu nak jwb call no Abah dan beritahu pada si pemanggil yang Abah dah tak ada.. Kesakitan mengatakannya masih terlalu perit... Aku masih tak mampu...

Di hari - hari seperti lah aku rasa macam nak menjauhkan diri dari semua orang. Aku rasa nak menangis je sepanjang hari... Tarikh ini akan sentiasa menjadi tarikh keramat pada aku, begitu juga 18 Jun 2011.... 

Al fatihah Abah... Smoga Abah dipermudahkan perjalanan ke syurga dan ditempat di kalangan mereka yang beriman... ekin akan melawat Abah minggu ni dan temankan Abah... Rindu Abah sangat - sangat...