Tuesday, December 18, 2012

first TIMER la der!!!

I'm going crazy!!!!!!!

Its so damn different from making a movie or drama la der!!!

Help me out la!!! Aku ni first timer...

Jadi PA tapi satu haprak pun benda nak buat, mintak izin.. macam payah je!!

Semua pun sibuk ngan keje diaorang!! xkan takat nak hantar email mintak quotation, if dalam melayu, email merisik pun, nak kena tanya bos dulu??

If production, yg producer aku nak tahu, keje da settle.. Bos aku pun just nak tahu result je... Aku melacur sekalipun xkisah, asalkan dapat result. Ayat2 email semua budi bicara anta aku ngan diaorang je..

Buat event ni, aku kena bagi semua dulu kat produser!!!!! payahnya!! dah 2 kali aku terlepas buat benda yang sama... huhuhuhuuu

Rasa berat hati je nak teruskan.. Skrg ni, nak call org pun, aku jadi cuak!!! Patut ke aku cakap macam tu??? Boleh ke aku cakap macam tu??? Boleh ke aku call??? Ptt ke aku call???? argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nak blah je boleh tak?? rasa mcm xleh blah je ni!! tapi duit der!!! jap, berbaloi ke??? jap, ilmu tu!!! tapi cikgunya lgsg x supportive!!!!!

Ko bagi aku keje, aku execute je la.. Aku ingat ko nak result je!!! Rupanya ko nak jadi macam kat sekolah, aku kena anta kat cikgu tuisyen dulu keje skolah aku, if ko suka, baru aku leh anta kat cikgu skolah aku la kan???!!!!

Ngan masalah job VIDEO KEPARAT tu lagi!!! smua pun nak huru hara!! Pikir keje ngan member, senang la sikit kot.. Sekali ada je yg lobang!!! Pastu duk pas bagi kat aku tutup lobang!!!! come on la guys!!!

Jap, aku nak kena muhasabah diri jap!!! g dengar lagu SLIPKNOT, bunuh beberapa orang kanak - kanak, tembak mat bangla and bakar rumah musuh!!! done semua ni, cukup muhasabah dan tabah kot untuk truskan!!!


lalalalalallalalalaallallalalallalalalalallalalallalallallalalalallalalalalal







Saturday, July 21, 2012

1 ramadhan = 2 thn tanpanya...

sungguh aku xsangka.. ramadhan kali ini bermaksud 2 tahun tanpa Abah.. perit rasanya nk bangun sahur and knowing that aku xboleh lagi kejut Abah yg xsuka sahur utk bangun.. tiada yg berani kejut kecuali aku.. knowing yg Abah xkan balik n bawak nasi goreng ayan utk bersahur bersama.. utk berbuka dgn satu kerusi kosong.. kerusi Abah.. knowing that Abah xkan bawak aku ke bazar dan beli bnyk2... apalah puasa aku jika bukan kerana Allah swt.. dikala org lain bergembira, terhiris hati aku untuk 30 ramadhan yg bakal tiba..

dikala aku tgk drama 7 ramadhan mengenai seorg anaj yg menipu kata mak dia da meninggal kerna malu, aku rasa.sedih n pilu.. jika ada diluar sana yg sebodoh.tu, sedar la cepat sblm ianya menjadi kenyataan.. perasaan sedih yg kita rasa drpd drama atau filem, beribu ribu kali lebih pedih realitinya.. percayalah..

aku cuma mengharapkan ramadhan ini dpt menyembuhkan lukanya hati ini dgn sntiasa berdoa dan beribadah.. smoga hidayh Allah swt akan smp pd aku.. insyallah..

Tuesday, July 17, 2012

seBUNDLE aku bagi!!!

so, its been a while since aku menulis.. bnyk dah jadi.. aku finally dah quit from MIG as the script writer and decide to FLY SOLO... BRAVO 5 is my reason to quit.. its more than enough.. ALLAH swt bagi aku bnyk peluang dan buat sekian kalinya aku melangkah pergi kerana bimbang peluang tu tak ada lagi... sepanjang perjalan BRAVO 5, mak aku langsung tidak tahu menahu.. aku decide utk tidak beritahu atas dasar tidak mahu mak susah hati.. biar aku xmakan sekali pun, mak x perlu tahu... wrap saja BRAVO 5, hidup aku seperti layang - layang.. dimana ada rezeki, disitu aku menyingah.. tu psl idup..

So, AHAD aritue, mak kumpul kan semua kitaorg and pergi ke kubur ABAH dan mengemas kubur... its the first time semua berkumpul dan bercakap... kitaorg macam tgk piknik.. gelak ketawa sambil memotong rumput.. terasa bahagia.. then mak pun cakap 'ni lagi sorang, buat keputusan berhenti sesuka hati je (to me ofcoz)'.. aku pun terus ketawa dan balas pada mak, 'seriusly mak! u're gonna say this di pusara ABAH? berpusing ABAH dengar'... adik beradik aku semua dah ketawa.. then mak kata 'tak yah cakap kat sini pun ABAH ko tau la.. dia ada'.. it's true mak.. ABAH tau pasal keputusan ekin and ekin arap ABAH faham dan doakan ekin berjaya dalam perjalanan idup ekin yang ni....

and TODAY, aku had a conversation with 2 of my new friend. So, one of them say, dia xleh terima filem 'Hantu Kak Limah Balik Kampung' as she only watched it for 10 min. Aku mmg pantang bila org yang xtau apa, berkata2.. tak salah pendapat dia, tapi sebagai seorang anak seni yang hidup dalam dunia wayang, aku rasa kata2 tu BULLSHIT.. like come on!!! MAMAT KHALID is trying to show and teach us something la.. aku cakap pada kawan aku tu, 'ITS NOT WHAT IS BEING VIEW THAT MATTER BUT THE POINT OF IT IS SAYING EVERYTHING'.. people that just simply watched a muvee and laugh can only judge if its a good movie or a crap one... but people that adapt and understand the movie will judge whether there is something to be learn or not... aku x cakap yg pandangan orang lain itu salah dan aku je yang betol.. masing2 ada hak untuk berfikir dan berkata2 namun cuba menilai sesuatu dgn istilah yang lebih.. for a movie yang ko tgk for 10 min, u spend the rest of ur life saying the movie sucks... damn!! i need to talk to my old frends sometimes la.. hehehhehehehe...

and aku rasa the saying yang ' ALLAH swt takkan menduga hambanya dengan dugaan yang berat melainkan        
dirasakan hambaNYA mampu untuk menghadapinya'.. aku rasa pemergian ABAH menduga aku lebih daripada yang aku rasa aku boleh hadapi.. aku nampak perubahan hidup aku dan seperti yang pernah aku tulis sebelum ni, aku sanggup tak berubah asalkan ABAH masih ada.. aku masih rasa seperti ABAH masih ada.. REALITY STILL DOESN'T HIT ME THAT HARD YET... tapi siapalah aku, seorang hamba yang kerdil untuk melawan fitrah dan takdir yang telah ditentukan... pedih hati ni memikirkan masa depan tanpa ABAH.. memikirkan dikala jika aku diambang kejayaan, ABAH tiada untuk meraikan sedangkan dialah yang selama ni menjadi tulang belakang aku.. berdarah hati ini memikirkan andainya aku bernikah suatu hari nanti, dan ABAH tiada untuk menjadi wali aku... terhenti jantung dikala memikirkan ABAH tiada dikala jika aku melangkah jauh di dunia ini...

Payahnya kaki untuk melangkah pergi ke PUSARA ABAH, lebih berat kaki ini untuk melangkah pergi... tiap kali aku nak balik, aku mesti berpaling berkali2 dan mahu berpatah balik.. namun aku sedar, apa yang terkubur adalah jasad sahaja.. ABAH sudah kembali padaNYA...


Friday, March 02, 2012

1 MARCH = 257 hari....

dikala aku dah bersedia untuk tido... kenangan lama mengamit kembali.. aku pegang gambar Abah dan tanpa aku sedari, bercucuran air mata ini untuknya.... aku rasa kosong.. aku RINDU yg AMAT SANGAT... aku masih lagi rasa yg semua ini tidak berlaku... sekali sekala, aku pasti terasa seperti Abah masih hidup n sihat n sedang bekerja... keperitan yg aku rasa dikala itu xdpt aku gambarkan dengan kata - kata... tanpa henti, aku meraung dan menangis sampai sesak nafas... terasa tiada lagi yg bermakna... aku... aku... aku... 

hari2 yg aku lalui, aku ingatkan aku dah boleh teruskan seperti biasa.. tp semalam segalanya musnah... kenapa semalam?? aku sndri xda jawapannya tapi perasaan aku paling lemah dikala itu... aku rasa mahu start je kete n pergi jumpa Abah... aku... aku...

Sunday, February 12, 2012

Anak yatim PIATU ke aku???

Hujan!!! Selebat hujan diluar, sama lebatnya dgn bilik aku... N xda saper pun yg peduli.. Aku xpnah rasa mcm anak yatim up till this moment.. Ada mak Pun sama je.. Dok carik pasal je ngn aku.. Sikit pun xda inisiatif.. Aku dah feed up!! Ada family serupa xda... Abah tinggalkan dunia, tinggal aku sesorg... Aku renung setiap titis yg hujan yg membasahi bilik aku n menolak rasa sepi... Aku bernasib baik ada abg yg baik.. Kurang sikit sakit ati nie...

Friday, January 20, 2012

Reunion

Orang yg paling aku xsangka2 akan jumpa, aku terjumpa... well, xda lah tak sangka sgt.. aku mmg tau dia dulu follow mamat 'tua' tue tp mmg xsangka akhirnya dapat jumpa.. first time aku nampak muka dia after 5 years kot, hati aku naik berbunga2... utk sesiapa yg dah lama kenal aku mst tau yg aku xsuka tegur kawan2 lama.. normally, my reaction would be running away.. yes, I am that DAMN WEIRD... i know.. hehehhe... Jumpa dia masa preview Sumpahan Kum Kum... N aku tak leh henti senyum... baca mesej dia n being close to him membuatkan aku teringat ekin yg lama... dulu, dikala aku berada di zaman kejatuhan, dia ada.. mcm a fresh breath la dia ni... aku leh citer apa je coz he gets it... he know my morning 'bad mood'.. cuma he is not the same lagi dah.. he is who he supposed to be.. diri dia yg dulu adalah satu shell yang dia reka utk sembunyikan diri, sekarang shell tu dah xda... aku xtau la samada kiteorang akan teruskan berkawan mcm dulu as he is a different person tp one thing for sure, I miss him la... missing our memories... missing the old me...