Thursday, December 22, 2011

54 years old without the self!!!

 22 Disember... satu tarikh yg aku sentiasa fikirkan... apa nak beli?? mcmana nak wish??? sms ke call??? ok ke tak adiah ni??? tapi sekarang, hanya satu hadiah yang pasti... aku akan hadiahkan yassin,doa dan al fatihah buat ABAH... arinie genap Abah berusia 54 tahun.... sepatutnya.. tapi Allah swt lagi sayangkan Abah... aku bangun pagi 'n' it hits me... today is the day!!! dulu aku slalu kompius between ari jadi abah dengan kakak coz akak 24 dis.. tapi sekarang dah tak dah..

Betapa rindunya aku pada Abah!!! aku rasa macam tak nak kerja je arinie.. aku nak duduk di kubur Abah je... tp tak boleh... aku kena kerja... Aku dah tempah kek utk akak dan sebagai memperingati Abah, aku letak logo batman as Abah minat giler kat Batman... Aku nak rasa macam celebrate Abah gak... Genap 187 hari tanpa seorang Abah, aku mula rasa sedar akan hakikat tu tapi tak bermaksud aku dah membiasakan diri... Aku masih tak mampu nak jwb call no Abah dan beritahu pada si pemanggil yang Abah dah tak ada.. Kesakitan mengatakannya masih terlalu perit... Aku masih tak mampu...

Di hari - hari seperti lah aku rasa macam nak menjauhkan diri dari semua orang. Aku rasa nak menangis je sepanjang hari... Tarikh ini akan sentiasa menjadi tarikh keramat pada aku, begitu juga 18 Jun 2011.... 

Al fatihah Abah... Smoga Abah dipermudahkan perjalanan ke syurga dan ditempat di kalangan mereka yang beriman... ekin akan melawat Abah minggu ni dan temankan Abah... Rindu Abah sangat - sangat...

Tuesday, November 15, 2011

150 HARI TANPANYA....

Dalam sedar, dalam aku menghitung hari, dalam aku merenung kalendar, aku sedar... arinie genap 150 HARI aku bernafas, hidup, makan,minum, ketawa,menangis,senyum, muncung tanpa ABAH... dah 5 bulan! 5 BULAN!!! aku dah lalui HARI RAYA AIDILFITRI tanpa ABAH, aku dah lalui HARI RAYA AIDILADHA tanpa ABAH... aku dah lalui DEEPAVALI tanpa ABAH.... dan semua jenis keraian, aku akan lalui tanpa ABAH.... disaat semua orang sekeliling aku bersorak gembira, aku cuma rasa nak mengurung diri dalam bilik dan tido shj supaya aku xrasa pedih n sedih... dan hari ni juga, genap 2 BULAN SHINIGAMI aku miliki... sudah 2 bulan usia Shinigami di tangan aku... dan setiap hari, setiap kali,setiap detik tangan aku di stereng, aku pasti akan mengeluh... pemergian ABAH is like a slap in my face... aku face the reality n trus drive... aku drive! after 3 tahun lesen aku di renew tanpa aku drive.. aku slalu tenung je kereta minah tue tnp sebrg niat utk drive... seminggu lepas ABAH menghadap Illahi, aku masuk dlm kereta, tawakal dan start enjin. Aku mmg boleh drive, juz aku je xda rasa nak drive... aku terkilan dgn diri sndri... terkilan sgt!!!!  If only.... if only.... 

air mata aku sgt murah skrg nie.. dan aku sikit pun xkisah... aku.... aku....

Monday, November 14, 2011

like 'REALLY???!!!!' sceptically!!!

When someone comes into your life, Allâh sent them for a reason. Either to learn from them, or to be with them until the end... TRUST THEM... Trust someone who can see these 3 things in you : - The sorrow behind your smile, - The love behind your anger - The reason behind your silence.


All my life, I've had my share of bittersweet life... Met with all kinds of people, some it's so rare to find that it amazed me so much.. but yet, none is like above.. well, I'm lying if I said none... there'r a few la.. not that much... but just to learn from them.. I do my part of observation from their behavior, background n knowledge (if there's any)... but for me to find this 3 things from them, yet, it's still not here... i guess, for my part, it's easier to listen to people saying this phrase that actually seeing them understanding this phrase true meaning... 

well, I've gone trough the part where 'SOMETHING HAPPENS FOR A REASON' happen.. it did happen for a reason.. and I hate that it had to happen... HELL HATED IT!!!!

well, I guess I'm a SUCKER FOR LIFE then... lalallalallalalla 

Thursday, November 10, 2011

mcmana nak AJAR HATI???!!!!


kalau aku nak describe menggunakan ayat, mmg xberapa indah bunyinya nanti tp kalau nak senang byg, mcm nie lah keadaan hati aku yg tgh parah,berdarah dan luka..... Seumur idup aku, aku dah lalui mcm2.. not my Mom's favorite, fought with my sis like there's no tomorrow, backstabber friends, slithering mouths, n mcm2 lagi....

Semua tu, aku boleh tolak tepi n truskan idup mcm biasa.... tapi ABAH!!! smp mati, hati aku akan mcm nie.... parah utk aku terima semuanya mcm tue je... aku msh rasa yg semua ni hanya satu mimpi... yg Abah sebenarnya dah cerai dengan mak or dia keje jauh n dia masih hidup dan sihat seperti biasa tapi tue bukan Realiti!!!

Dikala aku duduk sorg, aku teringatkan kenangan dengan Abah.... mcmana nak ajar HATI ni utk redha? utk menerimanya? Untuk tak meratapi dengan cara mcm ni? utk teruskan hidup? Macamana? macamana? Mati terlalu dekat dgn kita semua, aku sedar akan perkara tu tapi kenapa Abah? kenapa sekrang? Aku msh rasa mcm baru semalam Abah balik drpd Langkawi, Abah mengadu sakit... Aku rasa mcm setiap hari adalah sama seperti hari terakhir Abah dgn aku...

Aku tgk kiri dan kanan, org yg plg aku nak jumpa, xda... Dah xda... Aku menangis baca satu artikel mengenai  seorang ayah kat FB.. yup FB.. sound lame rite, but it's like a knife slicing my heart from the first word... It hits me that aku dah xda semua tue.. aku xleh nak sebut PARENTS dah... coz aku just ada MAK... Aku xleh nak sebut mak ngan bapak dah.. coz aku ada MAK je... Aku dah xda Abah time aku nak akad nikah nanti.. Abah xda utk tgk aku dimekapkan dan naik bersanding... Abah dah xda... Aku akan pndg keliling dikala itu dan menangis... menangis... dan menangis...

Dikala aku duduk kat opis ni dan menaip, membuat kerja silly, menonton filem, n mendowload, aku asyik teringat mengenai the last long conversation I had with Abah... it's about work... This work to be specific... I think akhirnya Abah dah let go n terima bidang aku... tapi sekarang ni, aku rasa kosong.. aku rasa nak berhenti, nak buat kerja lain... nak keluar drpd sini...

As aku merenung kalendar, aku sedar angka pengkiraan hari Abah xda disisi aku akan sentiasa bertambah selagi aku masih bernafas... Ianya tak akan berkurang n it's killing me just by looking at it... there's no escaping from this pain... setiap kali aku duduk di sisi kubur Abah, aku aku renung lama.. Aku teringat mengenai hari 18th June 2011... aku pegang nisan Abah dan aku rasa pilu nak melangkah pergi... Aku potong rumput atas kubur Abah, aku rasa sayu...

Tidak akan putus air mata dan doa aku utk Abah... insyallah... Hati bukan senang nak diajar...aku tak boleh nak ajar hati dan suruh jgn sedih, jgn hiba... aku tak mampu... aku cuba menyarungkan perisai supaya apa yg org keliling nmpk bukanlah apa yg aku rasa coz xsemua org berbaloi utk kita kongsi segalanya...

sometimes the hardest thing to do is letting go n moves on as I am afraid that I would forget how it feels to remember if I did let it go....

Monday, October 31, 2011

Si Dia yg memanggilku POOH


Raya tahun nie, dikala aku sedih memikirkan Abah yang telah tiada, senyuman abg Shahrul sedikit sebanyak mengembirakan... pada waktu gambar ni diambil, abg Shahrul datang dekat aku dan bergambar bersama... tiada lagi senyuman manis ni akan ku lihat...

Dalam setahun, 2 orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku... Abah yang aku sayang sejak aku dilahirkan dan abg Shahrul, orang yang aku kenal sejak aku jejakkan kaki ke MIG... meskipun aku baru kenal arwah selama 10 bulan namun banyak kenangan aku dengan arwah...

Abg shahrul selalu berikan aku skrip2 dia utk aku baca, pinjamkan aku vcd dia, makan breakfast aku n kadang2 apa sahaja yg ada ats meja aku.... Dia selalu panggil aku POOH sedangkan yang lain pggl aku Poh...

Kali terakhir aku borak pnjg ngn dia time 3 or 2 minggu lps.. Dia asyik makan mee Lemon yang mana dia complain tak sedap. Tiap kali aku membebel pada dia, dia akan marah kata aku mak tiri. Aku pulangkan vcd Little Nicholas dan 3 yang lain. Dia check setiap satu, n aku ingat lagi aku tegur dia, 'tak ilanglah cd dlm tu'. Abang hanya senyum. Bibir dia makin kering, aku nasihatkan dia pakai lip balm. Dia senyum je.

Seminggu lepas dia xmasuk opis. Last dia masuk, dia diam je.. Langsung tak perasan kehadiran dia. Dia masih setia membuat kerja dia. Kerja yang mana mungkin penyebab orang dengki dengan dia or x... Keje yang mana dia lagi prefer buat skrip. Andai aku ada skrip2 dia, aku akan pastikan biar aku dah keluar daripada MIG sekalipun, ianya akan diterbitkan dan nama abg Shahrul yang akan dikeluarkan.

Manakan mungkin kenangan dan perasaan pada Abg hilang begitu sahaja... Abg akan sentiasa dalam kenangan. Dikala susah dan senang, abg akan sntiasa dikenang. Sudah cukup abg terseksa dengan perbuatan orang sehingga abg kurus yang amat.. Agaknya Allah swt pun dah tak sanggup tengok abg terseksa... Insyallah.. Melihatkan wajah abg buat kali terakhir, abg kelihatan tenang. Ekin redha.. Dah tiba masanya abg pergi terlebih dahulu... Arapnya abg akan bertemu dengan Abah ekin. Abah ekin akan jaga abang.

Melihat manusia sekeliling yang meneruskan hidup seperti biasa menyedarkan semua yang mati adalah pasti, yang tidak pastinya adalah dikala ianya datang....

Al fatihah buat abang... Sehingga kita berjumpa lagi..

Monday, October 17, 2011

121 HARI

Arinie genap 121 hari Abah meninggalkan aku... n aku baru perasan betapa besarnya kesan benda ni pada aku... aku xsuka nak fikir kerana aku sanggup ilang smua ini demi Abah... Aku yang dulu, hanya seorang penumpang, seorg yg lgsg xkisah xdrive n tgg org anta or naik teksi, seorang yg xsuka beli bunga coz aku xsuka bunga, seorg yg kedekut n benci bangun pagi... Tapi sekarang, semua tue dah xda.. aku dah ada kereta, SHINIGAMI yg mana aku slalu drive diaorg kemana shj.. Mak cuma duduk je... Aku jugak tiap2 mgg g beli bunga... Bunga utk Abah... Aku dah xkedekut sgt.. xmacam dulu.... bnyk benda aku bayar sndri.. mmg xleh nak menyimpan if aku trus keje kat sini... n aku bgn awal tiap2 pagi khas utk pergi jenguk Abah...

Biler tiap2 pagi aku bgn, aku slalu lupa Abah dah tak ada.. Aku msh rasa mcm Abah ada dlm bilik dan dia akan keluar tegur aku, 'Moi, buat apa tu?'... serius aku rindu... pagi2 aku masak utk Abah.. Abah pernah mintak aku bawak dia jalan2, tapi waktu tu aku lgsg xbrani drive... Dua hari lepas Abah pergi, aku start drive... if only aku drive awal, Abah dah dapat merasa aku drive... Nie la 'Turning Point' aku... sygnya aku kena kehilangan Abah utk dapat semua ni... Aku sggp xdpt apa pun...

Kuasa ALLAH swt, xda siapa pun boleh lawan... nie semua dah ketentuanNYA.. just aku rasa aku boleh elakkan benda ni semua... tolak lah adik beradik aku, lgsg xrasa apa sblm Abah pergi.. makan pakai sakit sihat dia aku je yang jaga n kisah... aku teringat dlm masa 3 bulan sblm Abah pergi, dia slalu sakit.. demam teruk la, selsema, sakit perut, sakit tekak n pening kepala... n malam tu, masih segar dlm kepala otak aku... setiap satu scene aku ingat!!!


Friday, September 30, 2011

mimpi RAUNG.....

due to something that cause aku to feel something, i had the weirdest dream b4 the saddest dream ever!!! hiba rasanya nak explain.... yg pasti, aku rasa sgt down arinie... aku akan break down biler2 je... trying the best to keep it together coz di tmpt kjeje... tp the truth is, aku just nk  crawl dlm lubang yg jauh drpd org n buat apa yg aku xleh buat skrg nie... arinie adalah harinya... hari terakhir!!!

Monday, September 26, 2011

100th DAYS......

dalam sedar or x, arinie genap 100 hari ABAH tinggalkan aku.... rasanya mcm baru semlm je aku jumpa, bercakap n ABAH kucup dahi aku time aku nak balik umah sewa... n ABAH pesan utk elok2.. pilunya rasa!!! serius aku rindukan ABAH sgt2... aku rasa mcm nie smua satu prank... yg mana ABAH masih ada... tiap -  tiap hari minggu, aku mesti teringat peristiwa malam tu.. malam terakhir aku dengan ABAH... hanya ALLAH swt yg tau betapa aku sedih... i wish i did things diffrently!!! i damnly wish!!! aku sedar ni semua ketentuanNYA dan siapalah aku untuk menyangkal benda yang tlah DIA tentukan namun, aku tak mampu untuk melawan hasutan setan utk merasa menyesal dan tidak redha 247!!! semlm aku mimpi lagi, yang smua jaket2 ABAH dalam bilik aku hilang!! aku freak out!! aku menjerit namun tak ada siapa menyahut... what if, betul?? yg mak da pack???!! aku tak sanggup!!! aku masih nak hold on to his belongings atleast... supaya aku dapat rasakan kehadiran dan bau ABAH... mcmana nak biasakan diri tanpa semua tu??? up till this moment, apa yg aku rasa hanya la kesedihan... aku sedar yg tiap kali aku mengigau, semua nya ada kaitan dgn jiwa aku yg tgh sedih... aku dulunya nampak masa depan aku, tapi sekarg apa yang aku nmpk hanyalah aku seorang diri, tanpa ABAH... aku kuat berangan, dan dlm angan aku, ABAH sntiasa ada... smuanya melibatkan ABAH...

well, aku better stop sblm aku menangis kat tempat aku ni.... chow

Thursday, September 22, 2011

boSAN!!!!

skrg tepat jam 05:18 pm n 05 minit yg lalu sehingga ke detik dan saat ni, aku rasa BOSAN n MENYAMPAH dengan KERJA n LIFE!!!!!!!!!!!!! god!!! damn it!!!! GILER BABI!!!!! tahap setan iblis punya BOSAN!! serius aku BOSAN!!!! jangan tanya kenapa or bagaimana, it's just happen yg aku rasa BOSAN!!!!!!!!!!!!!! fuck la wei!!!!!!!!!!!

Monday, September 05, 2011

BULLETS n BLOODS!!!!

so, dah beberapa ari raya... (lost counts coz it's came second already).... i am still here... staring at some familiar faces n feeling happy or not that happy... just when aku rasa nak senyum n happy, mesti mucul beberapa statement yg menarik aku semula ke bumi... kalau ko rasa benci sgt, msg je la.. xperlu kot post sana, post sini.. but again it's ur right pun.. ok, stop tainting your blog, ekin... hehehhehe...

bnyk keputusan perlu dan akan dibuat.. antara yg dah dibuat, perkara 1 aku dah pindah keluar daripada umah sewa... masih mencari rumah sewa lain yg lebih selesa kerana, membawa kepada perkara 2 yg mana aku akan beli kete so kete kena ada tmpt selamat n selesa.. hehehehhe... perkara 3 adalah mengenai menggunakan no ABAH sebagai my second num... xsggp rasanya nak buang no tue.. so, xkisahla siapa pun yg telefon,aku akan hadapi... huhuhuhuh.. so, perkara 4 adalah menggunakan postpaid!!! aku akan tgk kemampuan gak.. nasiblah simpanan byk lagi so xda masalah sgt... long term, aku xtau...

later,aku update... :0(

Monday, August 29, 2011

RAYA ke????

Insyallah arinie adalah Ramadhan Terakhir kita untuk tahun nie.. Esok mungkin dah RAYA.. dalam semua orang sibuk membeli baju raya, tempah kueh raya, shopping raya, aku hanya berdiri STATIC... apa yang aku nampak adalah kenangan-kenangan raya aku dengan ABAH... Aku temankan mak pergi beli baju raya epul, aku teringat masa tahun lepas kiteorg g PAS untuk cari baju raya dan ABAH almost amik satu baju melayu ni tapi tiba - tiba ABAH xnak.. tiap kali aku pegang baju melayu, kenangan tu yang dapat... Siapa dapat agak yang tahun lepas adalah RAYA TERAKHIR ABAH dengan kitaorang smua.... Agaknya sebab tue, raya tahun lepas masa mintak maaf, kakak tetiba menangis... xpenah dibuatnya sebelum nie... memang itulah maaf terakhir yang kiteorang mintak daripada ABAH... aku tengok KUEH RAYA, aku teringat ABAH yang balik ke umah dengan melambak2 kueh raya... aku tgk LEMANG, aku teringat ABAH balik dengan lemang.... aku berbuka puasa, aku teringat berbuka dengan ABAH.. hiba rasanya nak sambut raya lepas nie.. bukan je tahun nie, tapi seumur idup aku... Tak ada dah ABAH yang bangun pagi raya, hensem bersiap ke masjid.. xda dah tunggu ABAH balik daripada masjid.. xda dah salam dengan ABAH di pagi raya dan dapat duit raya... xda dah tengok ABAH makan lemang dan rendang mak sampai abis... xda dah dgr ABAH bercerita mengenai ucapan2 raya yang dia dapat tapi xsempat nak balas... XDA DAH SEMUA TUE!!!!!!!!!!!

Thursday, August 18, 2011

someone yg digelar KAWAN....

arinie, aku xnak sedih2 dgn bercerita kisah a BROKEN IKYNZ... arinie aku nak kongsi rasa aku mengenai istilah kawan... 

Don't waste your time on me my friend
Friend, what does that even mean
I don't want your hand
You'll only pull me down - Kelly Clarkson

aku sokong sgt lirik yg nie.. dlm persahabatan, mcm2 da jadi tp perkara biasa adalah aku ilang kawan,kawan sentap, kawan xmo kawan... mcm2 la.. smp aku rasa, aku yg silap ke diaorg yg xpaham aku??? kata kawan??? bukan ke kawan tue mksdnya saling memahami dan menerima each other dan bukannya menjadi someone yg bukan diri kita demi puaskan hati kawan?? if mmg itulah caturannya, then I HATE FRIENDS... better aku kawan ngan kucing je or anything yg bernyawa.. senang!!! aku sedar tak semua kawan mcm tue... dlm berkawan xda apa yg perfect.. even benda yg kecik pun leh jadi isu yg besar.. n plg aku sakit ati, biler aku xexpect ko akan sentap, ruapanya ko ratu sentap... sedih.. aku plg xsuka biler ada something jadi tanpa aku duga... 

pada sesiapa yg mmg kenal aku n masih kawan ngn aku,akan sgt faham aku nie mcmana.. aku bukan jenis yg kuat paranoid dlm berkawan n aku xlayan benda2 bodo.. aku jenis lantang bercakap n loud person.. n aku lagi suka kalu apa2 yg xpuas atie, ckp je depan2.. jgn la takot ngn aku.. aku xmakan org la, or hentak orang sesuka atie... tapi agaknya mmg susah nak jumpa kawan yg btol2 kawan... huhuhuhu

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness - THE FRAY



Thursday, August 11, 2011

UGLY!!!!!

So, mcm2 dah jadi.. Pejam celik aku dalam meneruskan idup, dah 54 HARI ABAH tinggalkan aku.. kadang - kadang aku rasa mcm semua tue mimpi.. aku rasa yg Abah masih ada... setiap apa yg aku buat kat rumah, smua nya aku dpt rasa Abah ada sekali.. biler aku sedar yg semua tue hanya la mimpi aku, aku mesti menangis.. tanpa aku mampu nak sekat, mesti aku menangis.. aku hiba.. ada beberapa perkara lagi yg mampu buat aku sedih namun ABAH adalah sentiasa yg pertama.. Xmampu rasanya nak bersandar pada bahu sesiapa untuk meluahkan perasaan.. aku jadi serik rasanya.. perasaan ni hanya sndri yg faham..

Di kala bulan pose, aku teringat bulan pose tahun lepas.. banyak kejadian yg jadi tahun lepas... sambil aku duduk makan ngn family aku, aku slalu almost tersasul nak tanya mak, mana Abah... perit je makanan yang aku telan biler the reality hits me... aku bayangkan raya aku yg makin xda maknanya... siapa yg leh duga kan yang raya tahun lepas adalah raya terakhir kiteorg bersama....

Berlaku satu kejadian dirumah yg mana aku menangis buat pertama kali depan mak ngn kakak aku... tersentak diaorg.. dikala aku sndri tak mampu berkata - kata, aku masuk ke dalam bilik dan mendiamkan diri.. agaknya mak risau aku akan bencikan dia selama - lamanya so dia pun undo the kejadian... aku rasa xsggp nak pandang mak ngn kakak pun time tue.. aku ke kubur dgn perasaan marah pada mak.. biarpun niat mak murni, namun aku masih dalam proses menerima... agaknya mmg mak tak faham aku kot.. ntah la..

Aku rasa tempat keje adalah escape place aku tapi dah beberapa kali sebenarnya aku menangis kat sini... sekarang pun sama... ada masa - masanya biler je aku tenung kalendar aku, aku akan rasa pedih mengira hari Abah pergi meninggalkan aku... melihat kawan2 disekeliling aku, aku rasa gembira.. ada juga yg masih disisi tapi mcm mana nak ajar perasaan ni?? nak ajar hati ni?? supaya tak terlalu sedih n menangis je...... aku slalu rasa putus asa dgn idup aku hingga aku sanggup mati tapi aku sedar, aku hidup kerana ALLAH dan aku harus bersyukur yang umur aku masih ada.. mungkin 50 tahun drpd sekarang baru aku boleh jadi ekin yng dulu.. ekin yang hidup 55 hari dulu... tak ada siapa pun leh bagi dateline...

Wednesday, July 27, 2011

Coping!!!

Day by day aku lalui idup yg sunyi... smua senyuman aku rasa kosong... aku gelak ketawa, tapi dalam aku rasa numb.. aku pandang sekeliling n renung idup aku.... aku xrasa smua nie berbaloi... there's a better life out there... maybe... arinie genap 40 HARI ABAH meninggalkan aku dan dunia... cepat @ lambat masa tue berlalu, aku sndri tak pasti... yg aku pasti, ianya tidak senang utk aku lepaskan... Arinie juga org2 opis ABAH and PDRM ada buat tahlil utk ABAH... maaf ABAH coz ekin xleh nak g.. tapi doa ekin sntiasa utk ABAH...

Mgg lepas aku ke PULAU BESAR, MELAKA dgn N and MIMIE.... best gak dpt spend time kuar dari sini... tujuan aku adalah utk lepaskan perasaan berat n sedih aku pada laut... aku ingt aku xkan ada peluang... tapi alhamdulilah... ari AHAD, aku terbangun awal coz aku mimpikan ABAH... aku mimpikan mengenai malam terakhir ABAH dengan aku.... bangun aku, aku gagahkan ke pantai dan aku dapat bersendiri di pantai, merenung laut dan menangisi pemergian ABAH... hibanya perasaan pada masa tu, hanya ALLAH swt yg tahu... aku sedar tempat yg aku berada, so aku tak meraung dan menjerit pada laut.. aku cuma duduk di atas batu besar, merenung dan menitiskan air mata merenung laut dan langit.. berkali-kali aku rasa mcm nak terjun je dalam laut dan biarkan diri dibawa arus ke mana shj... tapi aku masih waras... aku spend dlm sejam lebih.. once dah tenang, aku kembali pada mereka yg setia berada disisi aku...

Ada masanya aku rasa aku dah boleh terima kenyataan dan penat utk menangis... ada juga masa yg mana dikala kaki aku menjejak ke mana shj, kenangan bersama ABAH akan mengamit tiba.. Setiap langkah aku penuh dgn kenangan dengan ABAH.... Aku terkenang minggu2 terakhir aku dgn ABAH... malam terakhir aku dengan ABAH... soalan2 yg aku nak tanya pada ABAH mengenai trip dia ke LANGKAWI yang mana setiap kali ABAH balik drpd kursus, dia akan menceritakan semuanya pada aku... bukan setahun, bukan dua tahun tapi 23 tahun aku dgn ABAH sentiasa bersama... ABAH sentiasa lebihkan aku sehingga yg lain naik benci dgn aku tapi diaorg ada MAK... aku dah xda saper... hubungan aku dengan MAK tak baik mana dan aku tau perkara tue yg ABAH slalu risau.. sehingga kini, aku masih boleh dengar suara ABAH panggil aku... 

Terlalu banyak yg aku nak luahkan namun tak semuanya milik BLOG ni... akan aku simpan rasa hati ni takat yg aku mampu dan harapnya aku dpt truskan idup... :)

Sunday, July 17, 2011

found our SONG again...

less to b said about lagu dia... lyrics dia mmg dekat sgt ngan atie aku...


neul ttoggat-eun haneul-e neul gat-eun haru
geudaega-eobneun geo malgoneun dallajin ge eobneunde
nan bonaen jul al-assjyo da namgim-eobs-i
anijyo , anijyo , nan ajig geudaeleul mosbonaejyo 

geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo 
maeil nan honjaseoman geudaereul buleugo bulleo bwayo 
bogopabogo paseo geudaegabogo paseo 
ije nan seubgwancheoleom geudae ileumman buleu neyo , oneuldo 

haruharuga jug-eul geosman gat-eunde eotteohgehaeya haeyo ?
salanghae sarang haeyo 
geudaereul sarang haeyo 
maljocha mosha goseo geudaereul geuleohge bonaess neyo 

mianhae mian haeyo 
nae mal-i deullinayo ? 
dwineuj-eun nae gobaeg-eul geudaendeul-eul su iss-eulkkayo ?
sarang haeyo

English Translation:

Alway the exactly same sky and always the same day
Only thing that is different is that you are not here
I thought I've let you go. Without anything left
No, no. I still haven't been able to let you go

Longing for you, I am longing for you.
Because I am longing for you, I call you and call you by myself everyday
Missing you, I am missing you.
Because I am missing you, now I just call out your name like a habit. Even today

Day by day, I feel like I am dying, so what could I do?
Love you, Love you I love you
Without even being able to tell you these, I've had to let you go like that

Sorry, I am sorry.
Can you hear me?
Could you be able to hear my late confession?
I love you.

its for YOU..... :'(

Friday, July 15, 2011

seBETULnya yg PATUT aku BUAT.....

Arinie genap 28 hari ABAH meninggalkan aku dan dunia.... sampai sekarang, otak n hati aku masih cuba proses abut it... susah untuk aku menyebut ARWAH ABAH.. aku masih denial... aku xmenyalahkan TAKDIR namun aku mempersoalkan tindakan aku pada malam tu... entah la... tahap waras aku sebenarnya amat KRITIKAL... bila2 je aku leh jadi giler... tapi aku sedar, bukan tu yg ABAH arapkan daripada aku... Dalam mgg nie, perasaan aku amat kritikal... dalam aku bergelak ketawa dan senyum, sambil aku berjalan pulang, aku renung bulan dan jalan gelap disisi aku, aku mula jadi giler.. even masa aku ke pusara ABAH pun, berkali2 aku rasa nak tido temankan ABAH... biler ujan, aku fikirkan ABAH yg basah.... FUCK!!! aku xleh do!!! aku naik risau nak membiarkan diri aku hanyut dgn perasaan... even sambil aku menaip, berkali2 aku rasa nak campak semua barang n jadi giler...

So, point nyer adalah, aku baru teringat satu quotation ni :-


“Live every day as if it were your last, because one of these days, it will be.”



kenyataannya, kiter smua familiar dgn quotation nie tapi berapa ramai diantara kita yg btol2 amalkan??? aku xrasa ada siapa pun... siapa yg melalui idup nya ari2 umpama ianya adalah hari terakhirnya di dunia ni?? yg tiap2 hari mintak maap pada sesiapa yg disakitinya, tidak berbohong, tidak mengumpat, bayar semua hutang, baik dgn semua orang, ucapkan rasa syg pd org yg kita sayang, buat semua benda yg kita hendak???? ada ke??? sekelip mata je apa yg kita rasa n buat ni boleh hilang... tiada siapa yg pasti bila dan bagaimana penghabisan kita... tapi berapa ramai yg care psl benda mcm nie??? kalu tiap2 hari dtg opis, makan gaji buta, tak buat kerja, menyakitkan hati orang, menipu, mengumpat, dan at the end of the day, tido je, so jika ditakdirkan kita mati pada masa tu juga, adakah apa yg kita da lakukan pada hari terakhir kita tu akan tenangkan jiwa kita yg dah pergi???? 

benda ni semua aku rasa selepas aku renungkan pemergian ABAH... banyak benda yg ABAH buat dlm kehidupan hari2 dia... ABAH sentiasa baik pd semua orang... walau macamana penat pun ABAH baru balik drpd keje, org koll dia time dia tgh tido ke, dia xpenah mare... pemergian ABAH diiringi doa2 org yg sayangkan dia... ramai yg datang ucapkan selamat tinggal... HE always and still is my HERO.... nothing would ever be the same without him.... 
It got me think about me... Will it be the same?? that quotation hanyalah guide pd idup aku... sometimes EVEN THE STRONGER ONE NEED A MOTIVATION TO KEEP MOVING FORWARD.....











Tuesday, July 05, 2011

sedih Meruntun Jiwa....


Tiap kali aku dgr lagu nie mengingatkan aku pada semua kenangan aku bersama arwah Abah.. Susah utk aku truskan idup macam biasa... tiap kali aku cuba hepi, the thought of NOT SEEING him anymore menyedihkan aku... Macamana aku nak senyum biler aku sedar tiada dia lagi untuk aku???? Aku xexpect bnyk drpd kawan2.. Apa yg aku arapkan hanya lah sekadar tmpt utk membantu aku menghilangkan rasa sedih dan hiba.. tapi, hampa.. But again, apa yg aku arapkan??? mmg itulah azalinya sifat manusia. Aku leh berlagak kuat depan adik beradik, mak, sedara mara dan org keliling.. Tapi the truth is, hati aku berdarah.. Aku rasa sakit.. Dulu, lepas kucing aku mati,aku merajuk lgsg dan xmo balik umah.. Aku merajuk ngn mak aku.. Langsung tak terlintas kat aku yg Abah mungkin rindu pada aku.. Aku denial!! Aku xsuka nak balik tapi tiap2 mgg aku kol mak.. Tapi kenapa aku xkol Abah?? Biarpun aku tau dia sntiasa keje, kenapa aku xkol dia?? Aku langsung tak teringat yg dia ke Langkawi.. Aku ptt balik dan doakan dia selamat pergi pulang dan sentiasa mcm yg aku slalu buat... Aku ingt lagi masa Abah g Washington, mak sruh aku duk umah... Abang ngn mak aku g anta Abah g airport.. Aku menangis kat umah coz rindu kat Abah.... Biler mak bgtau aku yg Abah g Langkawi, mak kata msg la kalu nak apa2.. Aku ckp aku xnak apa2.. Asalkan Abah selamat dah la.. AKu terlintas nak sms Abah tapi aku terlupa... Kenapa aku leh lupa??? Aku rasa geram ngn diri sndri.. Andainya aku diberi peluang utk ubah masa, aku nak kembali pd 17 JUNE 2011 utk selamatkan Abah aku!!! Even if the night happen sejuta kali, aku sanggup!! Asalkan aku boleh selamatkan Abah!!! Tapi smua tu mustahil... Kiter tak boleh lawan kuasa ALLAH swt dan ketentuanNYA... Banyak benda bermain dlm fikiran aku... Emosi aku memuncak... Aku mati!!! 

Wednesday, June 29, 2011

Rindu melanda LAGI!!!!!!!!!!


Setiap kali aku dgr lagu nie, mesti smua perasaan sedih akan datang n duduk sebelah aku... Makna lagu ni is ' LET ME HEAR YOUR VOICE'.... Ada bnyk benda aku nak dgr n one of it is HIS VOICE.... How can I relate my feeling tiap kali dgr lagu ni, hanya aku yg leh faham sndri... Biarlah dunia kenal diri aku yg happy n chatty tp dalam hati, patah riuk n hancur lebur... Terlalu banyak benda aku nak luahkan tapi bukan kat sini... Akan tiba masanya untk aku sndri pergi n aku arap by that time, aku da FIXED... 

Tuesday, June 28, 2011

could it be HATRED????

melalui HIDUP baru ni agak susah la... mcm2 perasaan yg aku rasa.... tapi as usual, the FELLING IS ALL TO MYSELF.... saper je yg leh faham kan??? I'm not taking the risk of depending towards someone else, coz all my life, ALONE is the best friend ever... so, a new FEELING EMERGE....in the middle of GRIEVING, aku rasa HATRED... rasa mcm perasaan ALIEN lak biler tiba2 ada rasa mcm tue... its for someone.. someone i KNEW.. we always have been like that b4, tapi entah kenapa now, perasaan tue agak memuncak... aku pun xpaham.. aku try positif kan everything but it getting into my nerve!!!!! entah kenapa, aku rasa sgt2 sgt3 sgt4 MENYAMPAH n HATRED!!!!! Fuck man!!! Hated the fact that it is FUCKINGLY disturbing me!!!! aku rasa mcm nak pijak2 je muka dia!!! PERGH!!! aku sndri terkejut ngn statement aku yg ni!!! calm ekin, calm!!! Just drift away je la... lallalallalallaa!! FUCK!!!

Monday, June 27, 2011

종료

as the title is, i am thinking of it... 종료.. it could means a lot of different things... i am thinking about whether i should or not... I am thinking  of 물러 가다 from here... maybe to a place that is a total 낯선 사람 to me... I need a fresh breeze of 공기..... its 질식 here.... its not the 사람들 or my 친구, its just that i don't think that i am that 강한 to be among them... Just to laugh is like a to me now... I needs some 시간 혼자... not to worry, this things is on my mind only.. i haven't decide yet what to do about it.. its a big decision to make... Let time heals me first... then, we'll see.... 

Wednesday, June 22, 2011

ABAH!!!!

Arinie genap 5 hari Abah pergi meninggalkan aku dan dunia.. Aku mula kerja arinie juga.. Aku sangka aku cukup kuat untuk teruskan idup but I guess that is not totally true.. Aku rasa nak mati... Aku rasa nak baring atas jalan n biar kete langgar aku... Aku rasa nak minum racun... Aku rasa nak terjun bangunan.. Aku rasa kosong.. Aku boleh idup tanpa kawan2, leh hidup tanpa sebarang teknologi, boleh hidup tanpa songs, boleh hidup tanpa harta benda tapi aku TAK RASA AKU BOLEH HIDUP TANPA ABAH!!!! sepanjang aku membesar, Abahlah yang menjadi punca tenaga aku.. Aku gagahkan hidup sebab aku tau Abah ada.. Aku sayang Abah lebih daripada segalanya.. Abahlah yang selalu menyokong n memahami aku.. Macam mana aku nak teruskan idup seperti biasa??? Tak ada apa yang biasa lagi dah! Semuanya kelihatan asing pada aku! Aku rasa macam nak berhenti kerja dan pergi ke tempat lain... Tempat yang aku tak kenal sesiapa... Aku pandang sekeliling aku n aku rasa kosong... No one is ever prepared for this!! Kematian boleh dan akan datang tanpa kiter duga n no one is ever well prepared for it..... I'm damn sure I'm not! When will I ever be?

Wednesday, June 15, 2011

Keluhan JiWa!!!!!


Semalam, tgh aku berpusing2 try utk tido, aku terasa rindu kat CHE MEI.... aku dgr lagu yg mengingatkan aku pada dia, n as usual, aku menangis... air mata aku sungguh murah utk si dia, CHE MEI.... hanya kerana dia, aku boleh menangis dengan mudah... hanya dengan memikirkan dia sahaja, semuanya akn LULUH.... aku rasa mcm baru semalam je CHE MEI pergi tinggalkan aku sorang kat dunia nie.... aku xpnah rasa aku nie SUCK coz being alone tp tanpa CHE MEI, aku rasa sgt LOSER..... aku xda la maksud nak CHE MEI idup balik n stay by my side... aku tau CHE MEI dah xda... tapi this HOLE IN MY HEART is still empty..... setiap kali aku rasa sucks dgn life, frenz or even my own life, kenangan CHE MEI je yg mampu buat aku menangis lagi kuat drpd rasa sakit hati terhadap 'individu terpilih'.... I MISS n I LOVE U CHE MEI....

Wednesday, May 25, 2011

oTak bErdaRah!!!!

yup, seperti TITLE, aku punya Otak Memang Sedang Berdarah!!!! hampeh!! berdarah coz terlalu BOSAN!!!! cramp!! tidak!!!!!!!!!!

Sekian!

Sunday, May 08, 2011

pOkAi!!!!!!! my own DAMN FAULT!!!

Semalam adalah ANNUAL DATING antara aku n ADI... so, as plan is to go to TIMES and MASJID INDIA but we ended up being at TIMES the whole day... seblm kuar umah aku dah VOW yg aku akan kurangkan or lgsg x spent except for SUPRA (epul bagi duit as besday present).... but as usual gak la aku OVERSPENT!!!!!!!!!! n the worst past, aku lgsg x kira duit yang aku keluarkan... aku main bagi je... mmg giler DAMN..... so total expenses is :

MONORAIL            :    RM 3.20 (pergi balik)
BUS                         :   RM 4.00 (pergi balik)
T SHIRT                  :  RM 10.00 + RM 17.50  = RM 27.50
JEANS                     :  RM 30.00 (snails - offer 50 %)
PURSE                    :   RM 30.00 (sedikit menyesal)
MAKAN                 :  RM 7.50 (subway) + RM 13.00 (MCD) + RM 7.00 (air+bubble) = RM27.50
COVER HP            :   RM 25.00 (warna tirqoise)
COVER LAPTOP  :   RM 15.00
BEDAK SILKY     :   RM 6.00
CERMIN MATA   :   RM 12.50
SUPRA                  :   RM 100 (epul belanja)

TOTAL               : RM 163.20 (xtermasuk SUPRA)



IM DEAD!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

new "IKYNZ"


Sejak semlm (besday aku yg ke 23 tahun), aku mula fikir apa aku nak buat dgn idup aku sendri.. Aku mula sedar yg sejak 1 tahun yg lepas, aku dah HILANG DIRI.... Aku sendiri tak kenal sape aku... Aku LOST dlm dunia yang sementara ni... Aku berjaya akhirnya membuat keputusan sempena aku yg makin tua ni, untuk BE THE OLD ME!!! menjadi ORaNG YG AKU BANGGAKAN SEBELUM NIE!!! aku nak diri aku yg lama... seorg yg FOKUS, SPEAK MY MIND n BE AFRAID OF SOMETHIN and NOT SOMEONE.... perjalanan hidup yg aku lalui, orang yg aku jumpa, pengalaman yg aku lalui, smua tue MENGAJAR aku, namun it SHOULD JUST TEACH ME not MOLD me into SOMEONE ELSE... aku xsepatutnya membiarkan benda2 mcm nie mengubah siapa aku sebenarnya... fokus aku adalah pada diri sendri dan bukannya pada dunia yang sementara ni!!! aku ada PATH aku sendri yg aku dah tetapkan... Aku akan mula melakar PATH tu balik n menjadi PEJALAN KAKI di PATH aku sndri dan bukannya pada PATH yg org lain tentukan...

LIFE IS SHORT.. SO FUCK OFF ALL THE STUPID PEOPLE THAT TRIES TO TELL ME HOW TO LIVE MY OWN LIFE!!!! I'LL LIVE IT THE WAY I WANNA LIVE!!!!

Saturday, April 16, 2011

akhirnya AKU TITISKAN AIR MATA!!

nie sopan sgt nie!!

Aku ingat aku boleh tahan perasaan ni, tapi akhirnya AKU MENANGIS juga!!!! kehilangan DIA amat memeritkan hati dan perasaan aku... Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia... DIA sebahagian drpd aku.. aku paham konsep SETIAP YG IDUP PASTI AKAN MATI tapi adakah ini menidakkan hak aku utk merasa SEDIH dan TIDAK PUAS HATI?????? 

Aku pulang drpd tengok wyg dgn SAHABAT LAMA yg sudah bertahun xjumpa, melalui perjalanan BUS yg mcm SIAL yg mana terlalu bnyk perkara sial berlaku seprti KAKA MENGANDUNG TDK DIBERIKAN TMPT DUDUK!!!, PAK CIK YG TERAMAT TUA N UZUR BERDIRI SEPANJANG 35 MIN perjalanan!!! I was doin just fine except the FEELING OF FUCKEST for the STUPID PEOPLE...

Up until abang aku tanya kenapa, baru lah aku MENANGIS... tangisan aku tanpa henti... aku MERAUNG sekuat hati... HIBA rasa hati... PILU rasa jiwa!!! Semua apa yg aku rasa mati!!! Aku hanya dapat nampak DIA... aku renung gambar DIA n aku MENANGIS lagi kuat!!!! Kenapa ini terjadi????!!! Aku sedang menangis di kala aku menaip... perasaan ini sukar utk dibendung!!! aku terlalu sedih!!! aku tak rasa lega langsung!!! aku dah pernah hilang KESAYANGAN sebelum ni, n kini ianya berlaku lagi!!!! Kini aku serik! Aku tak nak ambil tahu... aku xnak lagi!!! aku xsggp!!! ianya terlalu PERIT!!!

FYI : AIR MATA NI BUKAN UTK MANUSIA BERNAMA LELAKI!!!!!

Thursday, April 14, 2011

berbunga HATI KU KO BUAT!!!!

well, aku memang terharu lah dgn MY MONKEY ni... rupanya dalam ganas2 n membebel non stop dia tue, dia adalah SEORANG YANG SGT COMEL!!!!! dua hari dah dia buat aku TERHARU... sikit je lagi aku nak MENITIK KAN AIR MATA kerana TERHARU yg AMAT sgt!!!!! Pertama, dia dtg ke meja aku n letak ONE CUP OF AIR TEBU n dgn selamba ckp 'NAH AIR, KITER KONGSI', dah TERHARU then dia duduk n tanya 'DAH MAKAN?', aku ckp lah dah. DIA SENYUM JE, sedangkan dia beli satu bungkus je, meaning dia SANGGUP SHARE!!!!! DOUBLE TERHARU... then arinie dia pewit pewittt pggl aku, aku g la, ingtkan apa, rupanya dia bagi SEBIJIK COKLAT FERRERO ROCHER kat aku!!!! TERHARU!!!!!!!!!!!!!!

IN DENIAL!!


Pejam celik, arinie genap 8 hari aku kehilangan someone yg aku sayg!!!!! tanggal 7APRIL 2011, aku kehilangan DIA... n aku masih dlm keadaan DENIAL... aku takoooooot if AKU SAY IT OUT LOUD, it's became REAL!!!! aku masih x ready nak FACE THE FEELIN OF LOSING HER!!!! it's HURTS SO MUCH... even aku tgh taip ni pun, I CAN FEEL MY SPIRIT,SOUL n HEART is BEING RIPED APART!!!!!!!!!!!!!!!... so pada sesiapa pun, tolong JGN TANYA SIAPA DIA.... aku xnak cakap.... SHE IS AS MUCH ALIVE AS I AM RITE NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! its PAIN.. thats what my FEELIN HAD AND WILL BE!!!

Wednesday, April 13, 2011

PENUNGGU kah aku???!!!



Every morning is a fresh start, brand new day... its a MUST that kiter truskan idup dgn pnuh semangat n full of SPIRIT.. tapi kes aku lain lak...... PEMATI SEMANGAT je... aku mmg jenis yg xkisah org LAMBAT n aku TUNGGU coz benda tue aku da buat dari zaman SEKOLAH RENDAH lagi... tapi benda yg buat aku STUCK is the fact that aku LAMBAT... aku plg jaga masa.... even if gaji aku xkena potong pun, MASA tue yg dah terbuang mcm mana???? aku rasa macam aku MUNGKIR JANJI pada DIRI SNDRI.... tiap2 pagi, aku akan mula buat rancangan macam mana nak awal... aku akan cuba bangun awal, mandi cepat,pkai tudung xyah gosok, xmekap, tapi MMG XBERKESAN!!!! aku nak PINDAH umah SEBELAH OPIS!!!! senang idup!!! hehehehehehe... FYI : its my BLOG so DONT BE OFFENDED!!!! :D


Monday, April 04, 2011

new HP!!!!

well, aku dah beli HP baru yg aku dok sanggap sgt nak... As usual, aku mmg mula2 je excited but after a few hours, ada JE YANG XKENA!!!! aku xpuas atie la ngn HP nie... BATERI mcm sial je!!!! xsmp sehari dah nak abis!! kalu aku ONLINE, lain citer la.. leh gak aku terima logik! nie x!!! aku XBUAT APA PUN!!! SUCK GILER!!! tension!!! aku bagi seminggu je.. if masih sama, aku akan g blik kdai tue!!!! SENGAL!!!

Thursday, March 31, 2011

aku kisah ker???? YUP!!!

So, its been a while sejak aku buat perangai mcm HAREM nie... dulu aku leh dikatakan HATI KERING... tapi ntah kenapa sejak kebelakangan nie aku asyik rasa OFFENDED je..... penat oooo perasaan mcm nie.. plus LECEH.. aku rindu diri aku yg dulu idup dgn moto 'WHAT THE FUCK LA WEI!!!!'... sejarahnya aku membesar dgn keadaan MENGAJAR AKU IDUP SESORG... aku xpnah diberi peluang utk berharap pada sesiapa pun coz smua nya nak tumpang senang je ngn aku... susah aku nak jumpa org yg ikhlas dgn aku... most of the time, aku akan bertindak menjadi LISTENER je... don't get me wrong k, aku mmg suka dgr citer org lain coz secara xlgsg mengajar aku mengenai org... just aku xpnah DIDENGARI.... well, bab tue aku leh g WATEVER... isu skrg nie adlh aku asyik nak depend pd sesorg.... aku benci perasaan tue.... then aku sentap sndri... penat la... aku nak mcm dulu... HIDUP DLM MY OWN WORLD!!!! nak ajar hati nie bknnya senang.. duk tiap2 pagi n malam aku nak kna bagi alasan pada diri sndri utk x terasa mengenai benda2 bodo... WHAT THE FUCK LA WEI!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 17, 2011

menghiLANG!!!

Its been a while la kan... mcm2 dah jadi... life is going on as biasa.... aku mula belajar utk menerima segalanya ngn negative but still moving on... aku mula mengajar diri menjadi kebal so that benda kecik2 n bodo xkan bagi effect pd aku... bak kata MCR, i'm who i have to be.... huhuhuhuh...

Monday, February 21, 2011

kosong jer!!!!

So, its started off just like any other day.... nothing yg lain dari lain yang jadi... juz agaknya aku nie dok pikir yg bukan2 kot.... aku naik BLUR n MENYAMPAH la plak ngan org nie... aku xrasa aku ptt tp terasa gak la... even aku ngn org lain aku ok tp ngan dia jer,mcm ada gap... aku MMG PTT SISIHKAN diri sndri je coz da bosan la mcm nie... aku xptt biar org mcm dia EFFECT my LIFE or MY FEELIN!!!! its suck man!!! damn SUCK!!!! aku xtau nak buat mcmana... kang if aku confront kang, n still it happen,so sia2 je... aku juz nak kna ajar hati n jiwa aku supaya xkisah n go on by my own jer..... xperlu la nak carik kawan or bergantung ngan sesiapa pun!!! lagi senang!!! DAMN SENANG!!!!

Saturday, February 19, 2011

benda nak JADI!!!

Well, aku tlah membuat the WRONG DECISION again!!! aku slalu mcm nie... xpenah serik... everytime aku buat keputusan mengenai benda yg penting,mesti aku gojoh n buat silap... Aku gatal g FORMAT laptop aku n skunk its not the same!!!!! giler babi menyusahkan diri sendri kan???? Skrg smua benda besar giler!!! wireless xleh,bluetooth pun  xleh!!! nama je laptop HP tapi serba xlengkap!!!! mmg giler babi aku menyampah!!!! argh!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 18, 2011

baru KU SEDAR!!!!!

aku baru je check last blog entry yg aku buat... both of it is bout how MUCH I MISS him!!!! DaMN!!!! mmg aku rindu sgt kat dia... so, 2day, i'll try n put my feeling ASIDE!!!! FOKUS!!!! so,n aku ada mslh lain... aku xtau nak let it go or SHOUT IT OUT..... aku rase aku jer yg OVER feelin kot... coz its come n go.... life should still be goin on rite??? knp benda2 mcm nie yg aku risaukan??? aku ada bigger ISSUE kot... bnyk... like 'I'M SUCH A LOSER!!!!' n sort of other things..... aku rase life aku sama je mcm skrg... I'm sitting in a cubicle n so I can see my life in cubicle.... myb its a good thing??? it could mean that I am living my own life n shutting everyone else out or ITS SUCK being in a cubicle all alone.... either way, I don't know..... I hate feeling like this... Aku yg sebelum nie just dont give a FUCK to OTHERS tp skrg aku jadi stuck ngn memikirkan psl diaorg jer.... giler LOSER la aku nie.... aku rasa kalu aku nak complain je bout MY SUCK LIFE, smp 10 tahun lg pun xabis... so, dah la dulu.... chow!!!!

Thursday, February 17, 2011

rindu!!!!!!!!!!!!!!

Wah!!! lama giler aku tinggalkan BLOG nie... rindu... by the way,tajuk blog is not for this blog tp for a GUY yg aku da start jatuh hati..... aku pun xsangka... its started off as a fantasy jer dlm bosan2... tetiba leh suka lak.... nampak je muka dia,jantung aku berdegup2 kuat!!!! pergh!!! da macam time aku suka kat mamat tue dulu.... THIS IS BAD man!!! tapi aku psti, macam sebelum2 nie, smua nie akan ilang... perasaan ni hanya sementara jer.... hehhe... k la, nak kna turun floor bawah jap... later dude...

Saturday, February 12, 2011

hati aku BUAT HAL lagi!!!!

so,been a while since a tulis... xda la lama sgt pun tp terasa gak... hmmm,so mslh aku yg plg besar is HATI aku da start buat HAL lagi... aku da jatuh hati kat sorg mamat nie tanpa aku plan.... dia nie kira 'forbiden' pda aku..but again,aku nie je suka org tue... one sided love... cinta aku pd yg lama masih ada tp aku suka tgk mamat nie... he is 10 YEAR OLDER than me.... His birthday is 2day n I MISS HIM badly.... ish,rasa truk giler... aku ada keje ptt kna settle tp aku da postpone... ish,RINDU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 08, 2011

KejE Ker????!!!!

permulaan tahun baru CINA dgn bekerja pada hari nie.... not a very good start pun... da la mak slh ikut route anta aku, then da lambat.... extra from lambat, ada siput BABI lak bawak kete kat depan aku (aku nie xleh drive,lagi truk)!!!! even dpt PAU mak rm5, train terlepas... aku pun relax je tgg... then after 20 minit, TRAIN dtg!!!! tp coz rmai sgt org, me bein me, decide 2 wait for THE OTHER TRAIN!!! mmg STUPID DECISION la kan... then after tgg almost 1 JAM,barulah train smp... nasib xpenuh.... Dapat naik train,ptt da syukur kan??? tapi TIDAK!!!!!!!!!!!!! aku lambat!!!!!!! smp pj kul 9.05.. smp opis kul 9.15 pagi!!!!!! lambat2!!! then da masuk opis, mcm ok je smua... but then tiba2 ada keje kna bagi idea utk DRAMA time RAMADHAN!!!!!!!!!! aduh,mmg xda la idea aku... mengarut!!!!!!!!!!!!! xda feng shui la arinie utk aku.... T_T

Monday, February 07, 2011

my 4th HARTA!!!

Arinie aku tlah menggunakan duit yg ada (xbnyk mana pun) utk membeli harta aku yg ke 4!!!! Even harta 1 - 3 aku adlh mak aku yg bagi tp yg nie aku pkai duit sndri ooooo!!! mmg hepi giler... aku akan pastikan aku dpt 'zangetsu'!!! baru lengkap harta @ collection aku!!! xmampo nak beli bnyk2 sgt.. harga amat mahal... akan aku jaga 'benihime' aku nie mcm aku jaga collection TengKorak aku.... sronok!!!!!!!!!!!

Saturday, February 05, 2011

SONG that SANG in me!

"Famous Last Words"

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
Honey if you stay, I'll be forgiven
Nothing you can say can stop me going home

Can you see
My eyes are shining bright
'Cause I'm out here
On the other side
Of a jet black hotel mirror
And I'm so weak
Is it hard understanding
I'm incomplete
A love that's so demanding
I get weak

I see you lying next to me
With words I thought I'd never speak
Awake and unafraid
Asleep or dead

Honey if you stay, I'll be forgiven
Nothing you can say can stop me going home



Everytime  lagu nie aku dgr, giler2 leh relate... Every mood n emotion that aku rasa aku akan lepaskan dgn dgr lagu2 mcm nie.. lagi best dgr kuat2 smp dgr mak aku jerit "Ko da pekak ker???!!! tutup!!!! ko ingt aku berkenan sgt ko dgr lagu2 mcm tue???!!! tutup aku kata!!! jgn smp aku pecahkan radio ko tue!!!!" pergh, da mcm lagu jer aku dgr mak aku jerit tue..... ENJOY HABIS!!!!

starting POINT!

TePat jam 5:04 am, aku memulakan perjalanan aku utk sebuah blog.... diharapkan ini adlh ruang utk aku meluahkan apa2 shj yg aku xpuas hati.... aku nie bnyk benda nak kna kuarkan dari otak ni, if not mmg giler abis... hopefully kali nie it stays.... well, will see about it then..