Monday, October 31, 2011

Si Dia yg memanggilku POOH


Raya tahun nie, dikala aku sedih memikirkan Abah yang telah tiada, senyuman abg Shahrul sedikit sebanyak mengembirakan... pada waktu gambar ni diambil, abg Shahrul datang dekat aku dan bergambar bersama... tiada lagi senyuman manis ni akan ku lihat...

Dalam setahun, 2 orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku... Abah yang aku sayang sejak aku dilahirkan dan abg Shahrul, orang yang aku kenal sejak aku jejakkan kaki ke MIG... meskipun aku baru kenal arwah selama 10 bulan namun banyak kenangan aku dengan arwah...

Abg shahrul selalu berikan aku skrip2 dia utk aku baca, pinjamkan aku vcd dia, makan breakfast aku n kadang2 apa sahaja yg ada ats meja aku.... Dia selalu panggil aku POOH sedangkan yang lain pggl aku Poh...

Kali terakhir aku borak pnjg ngn dia time 3 or 2 minggu lps.. Dia asyik makan mee Lemon yang mana dia complain tak sedap. Tiap kali aku membebel pada dia, dia akan marah kata aku mak tiri. Aku pulangkan vcd Little Nicholas dan 3 yang lain. Dia check setiap satu, n aku ingat lagi aku tegur dia, 'tak ilanglah cd dlm tu'. Abang hanya senyum. Bibir dia makin kering, aku nasihatkan dia pakai lip balm. Dia senyum je.

Seminggu lepas dia xmasuk opis. Last dia masuk, dia diam je.. Langsung tak perasan kehadiran dia. Dia masih setia membuat kerja dia. Kerja yang mana mungkin penyebab orang dengki dengan dia or x... Keje yang mana dia lagi prefer buat skrip. Andai aku ada skrip2 dia, aku akan pastikan biar aku dah keluar daripada MIG sekalipun, ianya akan diterbitkan dan nama abg Shahrul yang akan dikeluarkan.

Manakan mungkin kenangan dan perasaan pada Abg hilang begitu sahaja... Abg akan sentiasa dalam kenangan. Dikala susah dan senang, abg akan sntiasa dikenang. Sudah cukup abg terseksa dengan perbuatan orang sehingga abg kurus yang amat.. Agaknya Allah swt pun dah tak sanggup tengok abg terseksa... Insyallah.. Melihatkan wajah abg buat kali terakhir, abg kelihatan tenang. Ekin redha.. Dah tiba masanya abg pergi terlebih dahulu... Arapnya abg akan bertemu dengan Abah ekin. Abah ekin akan jaga abang.

Melihat manusia sekeliling yang meneruskan hidup seperti biasa menyedarkan semua yang mati adalah pasti, yang tidak pastinya adalah dikala ianya datang....

Al fatihah buat abang... Sehingga kita berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

Apa kata mu??