Wednesday, May 20, 2015
NEW WORK!!!!
Assalam,
Sesunguhnya once aku da start mencari kerja tetap n nak 'cuci tangan' dalam industri perfileman dan hiburan ni, Allah swt memberikan aku pelbagai pilihan yang mana aku harus pilih dan jangan tamak.
Berkali2 aku tamak dan akhirnya aku jadi susah hati and susah nak hidup... Kali ni, betul2 Allah swt nak tolong... Atas dasar yakin dan percaya seorang kawan terhadap kawan yang lain, maka dapatlah aku kerja... Harapnya kerja tetap selamanya dan aku dapat mencapai apa yang aku nak which is to be A DIRECTOR!!!
Bukan DIRECTOR segera yang xda ilmu hidup susah dan tahu kepayahan jadi kuli, tapi seorang DIRECTOR yang bekerja keras sampai naik gila mengenali hidup dan manusia dan pernah jatuh terduduk dan bangkit sendiri tanpa bantuan dan tidak syok sendiri, insyallah.
Syarikat yang baru ni banyak mengajar aku. Terharu aku dengan kepercayaan dan keyakinan yang mereka berikan pada aku... Aku harap yang aku dapat membuktikan diri aku mampu untuk mencapai expectation diaorang tanpa mengubah siapa diri aku ini...
Kerja yang memang aku baru nak belajar buat tapi masih diberikan bantuan daripada mereka semua... Terharu nak nanges CRY ME A RIVER la!!!! Harapnya ni kerja terakhir aku dan lepas ni aku akan kekal ngan diaorang sampai mati!!!! WKAKAKAKKAKAKKAKAK
Sunday, December 07, 2014
Assalam...
Friday, May 31, 2013
Wali..
Beberapa jam lagi, akan berlgsg mjlis akad nikah akak aku.. anak sulung dlm keluarga yg plg dinantikan majlisnya.. Abah slalu bertanya bila akak nk kahwin, dan dikala hampir gelap 2thn Abah meninggalkan kami, harinya dah tiba..
Setiap detik persiapan di lakukan oleh akak dan gengnya, aku asyik terbayangkan malam terakhir Abah dgn aku sehingga ke bilik hospital.. menitis air mata rindu pd Abah tanpa henti. Tidak dapat aku bygkan jika ini adalah majlis aku.. mampukah aku menikah tanpa Abah??
Wali ku sudah pergi meninggalkan dunia dan aku. ABAH kini bersama dgn Yang Satu.. namun hati ni masih ralat dan merasakan yg semua ini hanya ilusi.
Aku membayangkan apa Abah akan buat dan ckp if he is still here. He would be smilling and happy that akak is finally kahwin. Yg keluarga Abah semua akan berkumpul dan meraikan bersama2.
Aku harap Abah akan bersama kami semua.. meraikan majlis ni.
Sunday, January 13, 2013
FUCKING DAMN ANGER!!!!
Tuesday, December 18, 2012
first TIMER la der!!!
Its so damn different from making a movie or drama la der!!!
Help me out la!!! Aku ni first timer...
Jadi PA tapi satu haprak pun benda nak buat, mintak izin.. macam payah je!!
Semua pun sibuk ngan keje diaorang!! xkan takat nak hantar email mintak quotation, if dalam melayu, email merisik pun, nak kena tanya bos dulu??
If production, yg producer aku nak tahu, keje da settle.. Bos aku pun just nak tahu result je... Aku melacur sekalipun xkisah, asalkan dapat result. Ayat2 email semua budi bicara anta aku ngan diaorang je..
Buat event ni, aku kena bagi semua dulu kat produser!!!!! payahnya!! dah 2 kali aku terlepas buat benda yang sama... huhuhuhuuu
Rasa berat hati je nak teruskan.. Skrg ni, nak call org pun, aku jadi cuak!!! Patut ke aku cakap macam tu??? Boleh ke aku cakap macam tu??? Boleh ke aku call??? Ptt ke aku call???? argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nak blah je boleh tak?? rasa mcm xleh blah je ni!! tapi duit der!!! jap, berbaloi ke??? jap, ilmu tu!!! tapi cikgunya lgsg x supportive!!!!!
Ko bagi aku keje, aku execute je la.. Aku ingat ko nak result je!!! Rupanya ko nak jadi macam kat sekolah, aku kena anta kat cikgu tuisyen dulu keje skolah aku, if ko suka, baru aku leh anta kat cikgu skolah aku la kan???!!!!
Ngan masalah job VIDEO KEPARAT tu lagi!!! smua pun nak huru hara!! Pikir keje ngan member, senang la sikit kot.. Sekali ada je yg lobang!!! Pastu duk pas bagi kat aku tutup lobang!!!! come on la guys!!!
Jap, aku nak kena muhasabah diri jap!!! g dengar lagu SLIPKNOT, bunuh beberapa orang kanak - kanak, tembak mat bangla and bakar rumah musuh!!! done semua ni, cukup muhasabah dan tabah kot untuk truskan!!!
lalalalalallalalalaallallalalallalalalalallalalallalallallalalalallalalalalal
Saturday, July 21, 2012
1 ramadhan = 2 thn tanpanya...
sungguh aku xsangka.. ramadhan kali ini bermaksud 2 tahun tanpa Abah.. perit rasanya nk bangun sahur and knowing that aku xboleh lagi kejut Abah yg xsuka sahur utk bangun.. tiada yg berani kejut kecuali aku.. knowing yg Abah xkan balik n bawak nasi goreng ayan utk bersahur bersama.. utk berbuka dgn satu kerusi kosong.. kerusi Abah.. knowing that Abah xkan bawak aku ke bazar dan beli bnyk2... apalah puasa aku jika bukan kerana Allah swt.. dikala org lain bergembira, terhiris hati aku untuk 30 ramadhan yg bakal tiba..
dikala aku tgk drama 7 ramadhan mengenai seorg anaj yg menipu kata mak dia da meninggal kerna malu, aku rasa.sedih n pilu.. jika ada diluar sana yg sebodoh.tu, sedar la cepat sblm ianya menjadi kenyataan.. perasaan sedih yg kita rasa drpd drama atau filem, beribu ribu kali lebih pedih realitinya.. percayalah..
aku cuma mengharapkan ramadhan ini dpt menyembuhkan lukanya hati ini dgn sntiasa berdoa dan beribadah.. smoga hidayh Allah swt akan smp pd aku.. insyallah..
Tuesday, July 17, 2012
seBUNDLE aku bagi!!!
So, AHAD aritue, mak kumpul kan semua kitaorg and pergi ke kubur ABAH dan mengemas kubur... its the first time semua berkumpul dan bercakap... kitaorg macam tgk piknik.. gelak ketawa sambil memotong rumput.. terasa bahagia.. then mak pun cakap 'ni lagi sorang, buat keputusan berhenti sesuka hati je (to me ofcoz)'.. aku pun terus ketawa dan balas pada mak, 'seriusly mak! u're gonna say this di pusara ABAH? berpusing ABAH dengar'... adik beradik aku semua dah ketawa.. then mak kata 'tak yah cakap kat sini pun ABAH ko tau la.. dia ada'.. it's true mak.. ABAH tau pasal keputusan ekin and ekin arap ABAH faham dan doakan ekin berjaya dalam perjalanan idup ekin yang ni....
and TODAY, aku had a conversation with 2 of my new friend. So, one of them say, dia xleh terima filem 'Hantu Kak Limah Balik Kampung' as she only watched it for 10 min. Aku mmg pantang bila org yang xtau apa, berkata2.. tak salah pendapat dia, tapi sebagai seorang anak seni yang hidup dalam dunia wayang, aku rasa kata2 tu BULLSHIT.. like come on!!! MAMAT KHALID is trying to show and teach us something la.. aku cakap pada kawan aku tu, 'ITS NOT WHAT IS BEING VIEW THAT MATTER BUT THE POINT OF IT IS SAYING EVERYTHING'.. people that just simply watched a muvee and laugh can only judge if its a good movie or a crap one... but people that adapt and understand the movie will judge whether there is something to be learn or not... aku x cakap yg pandangan orang lain itu salah dan aku je yang betol.. masing2 ada hak untuk berfikir dan berkata2 namun cuba menilai sesuatu dgn istilah yang lebih.. for a movie yang ko tgk for 10 min, u spend the rest of ur life saying the movie sucks... damn!! i need to talk to my old frends sometimes la.. hehehhehehehe...
and aku rasa the saying yang ' ALLAH swt takkan menduga hambanya dengan dugaan yang berat melainkan
dirasakan hambaNYA mampu untuk menghadapinya'.. aku rasa pemergian ABAH menduga aku lebih daripada yang aku rasa aku boleh hadapi.. aku nampak perubahan hidup aku dan seperti yang pernah aku tulis sebelum ni, aku sanggup tak berubah asalkan ABAH masih ada.. aku masih rasa seperti ABAH masih ada.. REALITY STILL DOESN'T HIT ME THAT HARD YET... tapi siapalah aku, seorang hamba yang kerdil untuk melawan fitrah dan takdir yang telah ditentukan... pedih hati ni memikirkan masa depan tanpa ABAH.. memikirkan dikala jika aku diambang kejayaan, ABAH tiada untuk meraikan sedangkan dialah yang selama ni menjadi tulang belakang aku.. berdarah hati ini memikirkan andainya aku bernikah suatu hari nanti, dan ABAH tiada untuk menjadi wali aku... terhenti jantung dikala memikirkan ABAH tiada dikala jika aku melangkah jauh di dunia ini...
Payahnya kaki untuk melangkah pergi ke PUSARA ABAH, lebih berat kaki ini untuk melangkah pergi... tiap kali aku nak balik, aku mesti berpaling berkali2 dan mahu berpatah balik.. namun aku sedar, apa yang terkubur adalah jasad sahaja.. ABAH sudah kembali padaNYA...
Friday, March 02, 2012
1 MARCH = 257 hari....
Sunday, February 12, 2012
Anak yatim PIATU ke aku???
Friday, January 20, 2012
Reunion
Thursday, December 22, 2011
54 years old without the self!!!
Tuesday, November 15, 2011
150 HARI TANPANYA....
Monday, November 14, 2011
like 'REALLY???!!!!' sceptically!!!
Thursday, November 10, 2011
mcmana nak AJAR HATI???!!!!
kalau aku nak describe menggunakan ayat, mmg xberapa indah bunyinya nanti tp kalau nak senang byg, mcm nie lah keadaan hati aku yg tgh parah,berdarah dan luka..... Seumur idup aku, aku dah lalui mcm2.. not my Mom's favorite, fought with my sis like there's no tomorrow, backstabber friends, slithering mouths, n mcm2 lagi....
Semua tu, aku boleh tolak tepi n truskan idup mcm biasa.... tapi ABAH!!! smp mati, hati aku akan mcm nie.... parah utk aku terima semuanya mcm tue je... aku msh rasa yg semua ni hanya satu mimpi... yg Abah sebenarnya dah cerai dengan mak or dia keje jauh n dia masih hidup dan sihat seperti biasa tapi tue bukan Realiti!!!
Dikala aku duduk sorg, aku teringatkan kenangan dengan Abah.... mcmana nak ajar HATI ni utk redha? utk menerimanya? Untuk tak meratapi dengan cara mcm ni? utk teruskan hidup? Macamana? macamana? Mati terlalu dekat dgn kita semua, aku sedar akan perkara tu tapi kenapa Abah? kenapa sekrang? Aku msh rasa mcm baru semalam Abah balik drpd Langkawi, Abah mengadu sakit... Aku rasa mcm setiap hari adalah sama seperti hari terakhir Abah dgn aku...
Aku tgk kiri dan kanan, org yg plg aku nak jumpa, xda... Dah xda... Aku menangis baca satu artikel mengenai seorang ayah kat FB.. yup FB.. sound lame rite, but it's like a knife slicing my heart from the first word... It hits me that aku dah xda semua tue.. aku xleh nak sebut PARENTS dah... coz aku just ada MAK... Aku xleh nak sebut mak ngan bapak dah.. coz aku ada MAK je... Aku dah xda Abah time aku nak akad nikah nanti.. Abah xda utk tgk aku dimekapkan dan naik bersanding... Abah dah xda... Aku akan pndg keliling dikala itu dan menangis... menangis... dan menangis...
Dikala aku duduk kat opis ni dan menaip, membuat kerja silly, menonton filem, n mendowload, aku asyik teringat mengenai the last long conversation I had with Abah... it's about work... This work to be specific... I think akhirnya Abah dah let go n terima bidang aku... tapi sekarang ni, aku rasa kosong.. aku rasa nak berhenti, nak buat kerja lain... nak keluar drpd sini...
As aku merenung kalendar, aku sedar angka pengkiraan hari Abah xda disisi aku akan sentiasa bertambah selagi aku masih bernafas... Ianya tak akan berkurang n it's killing me just by looking at it... there's no escaping from this pain... setiap kali aku duduk di sisi kubur Abah, aku aku renung lama.. Aku teringat mengenai hari 18th June 2011... aku pegang nisan Abah dan aku rasa pilu nak melangkah pergi... Aku potong rumput atas kubur Abah, aku rasa sayu...
Tidak akan putus air mata dan doa aku utk Abah... insyallah... Hati bukan senang nak diajar...aku tak boleh nak ajar hati dan suruh jgn sedih, jgn hiba... aku tak mampu... aku cuba menyarungkan perisai supaya apa yg org keliling nmpk bukanlah apa yg aku rasa coz xsemua org berbaloi utk kita kongsi segalanya...
sometimes the hardest thing to do is letting go n moves on as I am afraid that I would forget how it feels to remember if I did let it go....
Monday, October 31, 2011
Si Dia yg memanggilku POOH
Raya tahun nie, dikala aku sedih memikirkan Abah yang telah tiada, senyuman abg Shahrul sedikit sebanyak mengembirakan... pada waktu gambar ni diambil, abg Shahrul datang dekat aku dan bergambar bersama... tiada lagi senyuman manis ni akan ku lihat...
Dalam setahun, 2 orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku... Abah yang aku sayang sejak aku dilahirkan dan abg Shahrul, orang yang aku kenal sejak aku jejakkan kaki ke MIG... meskipun aku baru kenal arwah selama 10 bulan namun banyak kenangan aku dengan arwah...
Abg shahrul selalu berikan aku skrip2 dia utk aku baca, pinjamkan aku vcd dia, makan breakfast aku n kadang2 apa sahaja yg ada ats meja aku.... Dia selalu panggil aku POOH sedangkan yang lain pggl aku Poh...
Kali terakhir aku borak pnjg ngn dia time 3 or 2 minggu lps.. Dia asyik makan mee Lemon yang mana dia complain tak sedap. Tiap kali aku membebel pada dia, dia akan marah kata aku mak tiri. Aku pulangkan vcd Little Nicholas dan 3 yang lain. Dia check setiap satu, n aku ingat lagi aku tegur dia, 'tak ilanglah cd dlm tu'. Abang hanya senyum. Bibir dia makin kering, aku nasihatkan dia pakai lip balm. Dia senyum je.
Seminggu lepas dia xmasuk opis. Last dia masuk, dia diam je.. Langsung tak perasan kehadiran dia. Dia masih setia membuat kerja dia. Kerja yang mana mungkin penyebab orang dengki dengan dia or x... Keje yang mana dia lagi prefer buat skrip. Andai aku ada skrip2 dia, aku akan pastikan biar aku dah keluar daripada MIG sekalipun, ianya akan diterbitkan dan nama abg Shahrul yang akan dikeluarkan.
Manakan mungkin kenangan dan perasaan pada Abg hilang begitu sahaja... Abg akan sentiasa dalam kenangan. Dikala susah dan senang, abg akan sntiasa dikenang. Sudah cukup abg terseksa dengan perbuatan orang sehingga abg kurus yang amat.. Agaknya Allah swt pun dah tak sanggup tengok abg terseksa... Insyallah.. Melihatkan wajah abg buat kali terakhir, abg kelihatan tenang. Ekin redha.. Dah tiba masanya abg pergi terlebih dahulu... Arapnya abg akan bertemu dengan Abah ekin. Abah ekin akan jaga abang.
Melihat manusia sekeliling yang meneruskan hidup seperti biasa menyedarkan semua yang mati adalah pasti, yang tidak pastinya adalah dikala ianya datang....
Al fatihah buat abang... Sehingga kita berjumpa lagi..
Monday, October 17, 2011
121 HARI
Biler tiap2 pagi aku bgn, aku slalu lupa Abah dah tak ada.. Aku msh rasa mcm Abah ada dlm bilik dan dia akan keluar tegur aku, 'Moi, buat apa tu?'... serius aku rindu... pagi2 aku masak utk Abah.. Abah pernah mintak aku bawak dia jalan2, tapi waktu tu aku lgsg xbrani drive... Dua hari lepas Abah pergi, aku start drive... if only aku drive awal, Abah dah dapat merasa aku drive... Nie la 'Turning Point' aku... sygnya aku kena kehilangan Abah utk dapat semua ni... Aku sggp xdpt apa pun...
Kuasa ALLAH swt, xda siapa pun boleh lawan... nie semua dah ketentuanNYA.. just aku rasa aku boleh elakkan benda ni semua... tolak lah adik beradik aku, lgsg xrasa apa sblm Abah pergi.. makan pakai sakit sihat dia aku je yang jaga n kisah... aku teringat dlm masa 3 bulan sblm Abah pergi, dia slalu sakit.. demam teruk la, selsema, sakit perut, sakit tekak n pening kepala... n malam tu, masih segar dlm kepala otak aku... setiap satu scene aku ingat!!!
Friday, September 30, 2011
mimpi RAUNG.....
Monday, September 26, 2011
100th DAYS......
Thursday, September 22, 2011
boSAN!!!!
Monday, September 05, 2011
BULLETS n BLOODS!!!!
bnyk keputusan perlu dan akan dibuat.. antara yg dah dibuat, perkara 1 aku dah pindah keluar daripada umah sewa... masih mencari rumah sewa lain yg lebih selesa kerana, membawa kepada perkara 2 yg mana aku akan beli kete so kete kena ada tmpt selamat n selesa.. hehehehhe... perkara 3 adalah mengenai menggunakan no ABAH sebagai my second num... xsggp rasanya nak buang no tue.. so, xkisahla siapa pun yg telefon,aku akan hadapi... huhuhuhuh.. so, perkara 4 adalah menggunakan postpaid!!! aku akan tgk kemampuan gak.. nasiblah simpanan byk lagi so xda masalah sgt... long term, aku xtau...
later,aku update... :0(







